[Viral] Di Rempuh Maut Ketika Tukar Tayar Kereta
Dirempuh maut ketika sedang tukar tayar kereta.
DUNGUN: Seorang pekerja syarikat minyak dan gas di Kemaman, maut selepas dirempuh sebelum digilis sebuah treler di Kilometer 360.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, hari ini.
Difahamkan, mangsa ketika itu sedang menukar tayar depan kereta Produa Myvi dipandunya.
Dalam kemalangan, kira-kira jam 5.30 pagi itu, Mohd Zalaini Mohd Shafee, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dengan kepalanya pecah dan perutnya terburai.
Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya, Firdaus Asmadi, 23; Ahmad Ihsan Asyraf Yusof, 19; dan Mohamad Abdul Azhim Suhairi, 18; dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman, memberhentikan kereta di bahu jalan akibat kerosakan tayar.
Bagaimanapun, sebuah treler tiba-tiba merempuh kereta mangsa dari arah belakang sebelum menggilis lelaki itu. Akibat rempuhan itu, Ahmad Ihsan turut parah, Firdaus mengalami patah jari manakala Abdul Azhim cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hopsital Dungun dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
S3nsasi HEBOH
__________________________________________
Ulasan
Catat Ulasan